Tuesday, November 1, 2011

Majlis Konvokesyen Pasti Kawasan Bakri 2011


Assalamualaikum,
Syukur Alhamdulillah, Majlis Konvokesyen Pasti-Pasti dibawah Pasti Kawasan Bakri tahun 2011 akan diadakan.

Tarikh : 17 Zulhijjah 1432H bersamaan 13 November,2011 (Ahad)
Tempat : Balai Masjid Jamek Sultan Ibrahim, Muar, Johor
Masa : 8.00 pagi

Selamat berkonvo dan Selamat Hari Raya Aidil Adha

Saturday, October 8, 2011

Pendaftaran Kemasukan Murid untuk tahun 2012 kini dibuka

Sambutan Aidil Fitri anjuran JIBG Pasti As-Solihin

JIBG Pasti As-Solihin telah berjaya mengadakan Hari Terbuka Aidil Fitri. Syukur Alhamdulillah sambutan dan kerjasama dari ibubapa dan AJK JIBG baik sekali dan kami amat berterimakasih diatas semua sumbangan dan bantuan tenaga.












Majlis Penubuhan JIBG Pasti As-Solihin

Assalamualaikum,

Alhamdulillah Pasti As-Solihin telah berjaya menubuhkan JIBG mereka. Berikut adalah gambar-gambar pada masa mesyuarat penubuhan.








Pertandingan melukis sempena mesyuarat penubuhan JIBG Pasti As-Solihin.

JIBG Pasti At_Thohiriyah





Berikut ada sebahagian dari aktiviti JIBG Pasti At-Thohiriyah.

Penubuhan JIBG dalam Organisasi Pasti Bakri

Assalamulaikum,

Bertemu sekali lagi dialam maya. Tajuk hari ini ialah berkenaan dengan penubuhan Jemaah Ibubapa dan Guru atau singkatannya JIBG.

Pasti Al-Huda merupa Pasti yang merintis kepada penubuhan di dalam Pasti Kawasan Bakri ini dan Pasti At-Thohiriyah pula telah berjaya ditubuh pada tahun 2010 serta berjaya mengadakan mesyuarat agong mereka yang pertama.

Selepas 2 buat Pasti mempunyai JIBG mereka sendiri, JIBG Pasti As-Solihin Jalan Salleh pula ditubuhkan. Semoga dengan penubuhan ini JIBG-JIBG ini, Pasti Kawasan Bakri dapat memantapkan lagi pengurusan dan mendapat pandangan-pandangan dari ibubapa untuk meningkatkan lagi imej Pasti itu sendiri.

Saturday, August 27, 2011

Salam Ramadan Kareem dan Aidil Fitri


Assalamualaikum,

Setelah hampir sebulan kita berpuasa, terasa teramat sayu bulan Ramadan telah hampir dipenghujungnya. Semoga amalan kita (puasa) diterima Allah swt hendaknya.

Kami, pengurusan Pasti Kawasan Bakri ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri dan kepada mereka yang pulang ke kampung, selamat jalan dan berhati-hati dijalanraya.

Ucapan Selamat Hari Raya juga buat semua guru-guru, murid-murid PASTI dan JIBG.



Jom sembang