Wednesday, December 1, 2010

Surat adik untuk mak dan abah

Pasti Kawasan Bakri


Assalamualaikum,

Pendaftaran untuk semua pasti dalam kawasan Bakri sedang berjalan. Sila daftarkan anak-anak di pasti yang berdekatan.

Disamping itu pihak pengurusan pasti masing-masing menambah ABM disamping yang sedia ada. Keceriaan dan bendera hendaklah dipasang.

Monday, November 29, 2010

Pasti Nurul Hidayah

Alhamdulillah pada 28 November 2010, gotong royong untuk mengemaskan Pasti Nurul Hidayah untuk pembukaan sessi 2011. Pasti Nurul Hidayah merupakan ahli baru dalam keluarga Pasti Kawasan Bakri.

Tahniah buat AJK Pasti Kawasan dan Pasti Cawangan Pt. Zin. Tidak ketinggalan ucapan jutaan terimakasih buat En Farid.



Gambar Konvokesyen Pasti Bakri 2010

From Poster










Wednesday, November 17, 2010

Latihan Pertama buat perkataan berkelip-kelip









Membentuk Kemahiran Membaca Kanak-Kanak


Kata orang bijak pandai, "Kunci untuk mendapat pengetahuan adalah daripada pembacaan dan penulisan." Kepada kanak-kanak, keupayaan membaca dan menulis sejak dari usia tiga tahun merupakan satu kelebihan kepada diri sendiri dan kebanggaan kepada keluarga.

Minat membaca kanak-kanak ada kaitan rapat dengan keupayaan mereka berbahasa. Secara umumnya, kanak-kanak boleh membaca dengan lancar akan suka pada buku seterusnya menjadikan aktiviti membaca sebagai satu hobi yang menarik.

Kanak-kanak patut diajar membaca ketika kecil lagi.

Ketika berusia 18 bulan, kanak-kanak sudah boleh diperkenalkan kemahiran membaca secara beransur-ansur. Unsur utama yang perlu diberi penekanan ialah kesedaran umum mengenai bunyi-bunyi perkataan dan penggunaannya dalam situasi seharian. Contohnya perkataan "mama" dan "papa".

Kedua-dua perkataan ini boleh ditulis dan diperkenalkan kepada kanak-kanak kerana kekerapan penggunaannya.

Apabila kanak-kanak meningkat usia 3 hingga 4 tahun, mereka sebenarnya berada dalam peringkat pembinaan bahasa yang pesat. Menurut para pengkaji perkembangan kanak-kanak, perkembangan menyeluruh kanak-kanak ialah galakan untuk perkembangan fizikal, mental, emosi, sosial dan bahasa.

Period yang paling kritikal untuk memperkenalkan kemahiran membaca kepada kanak-kanak ialah 0 hingga 3 tahun. Ibu bapa atau guru yang bijak akan sensitif dengan perkembangan kanak-kanak pada masa ini kerana :

  • Umur 1 ½ hingga 3 tahun adalah peringkat yang paling sesuai untuk belajar dan mengingat maklumat. Kanak-kanak yang diberi kemahiran membaca pada peringkat usia ini akan menyerap jauh lebih banyak pengetahuan berbanding kanak-kanak yang tidak tahu membaca.
  • Semasa membaca, selalunya kita akan mengingat perkataan yang disebut serentak dengan perkataan yang bertulis. Begitulah juga kanak-kanak. Jika berusia 3 tahun dapat membaca, tentulah kemahiran membaca akan mempercepatkan proses pemahaman bahan bacaan yang dibacanya.
  • Kanak-kanak sangat lasak ketika berumur 2 hingga 3 tahun kerana mereka sangat dahagakan pengetahuan. Ibu bapa atau guru dapat mengesan perubahan ini dengan mengamati pertanyaan kanak-kanak seperti, "Ni apa?" atau "Apa tu?" Ujian menunjukkan kanak-kanak sejak dari umur 2 hingga 12 tahun bertanya sehingga 80 peratus daripada percakapan mereka. Apabila ke sekolah menengah, pertanyaan telah berkurangan sehingga 40 peratus.

Kanak-kanak belajar membaca ketika masih kecil biasanya lebih cepat bertindak dan lebih faham membaca berbanding kanak-kanak yang belajar membaca semasa di sekolah.

Sebabnya ialah kanak-kanak belajar membaca dengan senang hati dan memahaminya seperti mendengar orang bercakap manakala kanak-kanak di sekolah belajar membaca dengan perasaan takut dan membaca diajar sebagai mata pelajaran yang berasingan.

Masalah yang menghalang minat membaca kanak-kanak.

Setiap ibu bapa dan guru sememangnya mengingini kanak-kanak yang dapat membaca dengan lancar dan cepat. Bagi pelajar-pelajar di sekolah rendah, mereka tidak dapat memahami apa yang disampaikan oleh guru disebabkan salah satunya kerana lemah keupayaan membaca. Antara masalah yang sering membantutkan proses pembahasaan dan pembacaan kanak-kanak dan para pelajar ialah :

  • Tidak dapat membezakan bentuk, kedudukan, nama, turutan abjad dan sebutan huruf yang dilihat.
  • Tidak dapat mengingat ciri dan atribut huruf.
  • Tidak dapat mengaitkan sebutan setiap abjad apabila diadunkan menjadi suku kata dan perkataan.
    Pengamatan penglihatan yang bercelaru apabila melihat perkataan tersusun rapi.
  • Tidak dapat membezakan bunyi huruf dalam ejaan kerana abjad tidak berkaitan langsung dengan sebutan.
  • Keliru dengan huruf seperti b dengan d, g dengan j dan j dengan z.
  • Tidak dapat bezakan simbol-simbol huruf.
  • Tidak dapat menterjemahkan bahasa baku kepada bahasa loghat untuk mengetahui tujuan dan maksud.

Kesan tidak tahu membaca.

Tidak tahu membaca akan memberi masalah. Bermula dari awal lagi, masalah ini berlarutan sehinggalah mereka dewasa. Keadaan ini tentulah mempengaruhi keupayaan untuk bersaing dan berjaya dalam hidup.

Pengaruhi minat belajar. Kesan yang agak ketara ialah dari aspek psikologi seperti rasa rendah diri, kurang yakin dan cepat mengalah.

Kajian yang dijalankan oleh Universiti Yale menunjukkan kanak-kanak yang mempunyai kepercayaan diri yang terhad tidak dapat menyesuaikan diri dengan baik di sekolah rendah dan situasi-situasi yang baru. Mereka juga sukar belajar menulis dan membaca berbanding dengan rakan-rakan sekelas yang lain.

Tidak mahu belajar. Bagi mata pelajaran yang sukar seperti sains dan matematik, mempelajarinya adalah suatu bebanan. Lama-kelamaan timbul rasa jemu dan terus tidak lagi minat untuk belajar.

Bukan sahaja sains dan matematik tetapi mungkin semua mata pelajaran.

Belajar dalam keadaan tertekan dan tidak khusyuk. Tanpa kata-kata pujian dan rangsangan, proses belajar akan berada di bawah tekanan dan hilang keseronokan. Apa yang berlaku, kanak-kanak belajar kerana takut dan dipaksa bukannya kerana hendak belajar.

Kurang motivasi dan semangat berlumba-lumba. Apabila tidak dapat membaca dan memahami perkataan, keinginan untuk membaca perkataan-perkataan seterusnya akan menurun dan mengurang. Keadaan ini tentulah merugikan diri mereka sendiri dan ibu bapa terpaksalah memujuk supaya semangat dan minat untuk membaca dapat dipulihkan kembali.

Bagaimana kanak-kanak belajar membaca ?

Pelbagai kaedah yang digunakan oleh kanak-kanak untuk mempelajari bahasa mengikut peringkat umur.

  • 0 hingga 2 ½ tahun
    mula mengetahui dan memahami bahasa yang dipertuturkan oleh ibu bapa ketika berusia 18 bulan.
    belajar bahasa dengan mengumpul perkataan.
    kaedah belajar ialah melalui rangsangan deria pendengaran secara langsung dan tidak langsung.
    rangsangan membaca ialah memperkenalkan buku-buku yang mengandungi banyak gambar dan berwarna-warni.
    kosa kata berkembang sehingga 270.
  • 2 ½ hingga 4 ½ tahun
    peringkat kritikal dalam proses belajar bahasa.
    terbentuk satu unit bahasa dalam otak secara berasingan.
    perkembangan bahasa akan membantu perkembangan mental dan sosial.
    kanak-kanak belajar membaca dengan memperkenalkan huruf bersama gambar.
    pada peringkat ini, kesediaan membaca masih belum terbentuk sepenuhnya dan ibu bapa harus bersabar semasa membimbing anak-anak mereka.
    mampu mengingat sehingga 1500 kota kata.
  • 4 ½ hingga 7 tahun
    perkembangan otak memasuki fasa terakhir.
    kanak-kanak sudah menunjukkan minat dan kesediaan membaca dengan mengenali banyak perkataan dan suka bertanya serta melihat gambar.
    corak pengajaran ialah mendedahkan kepada persekitaran seperti membezakan bunyi-bunyi binatang atau kenderaan; cara ini dapat melatih kanak-kanak meningkatkan daya pendengaran mereka.
    mampu mengingat sehingga melebihi 4500 kosa kata.

Walau bagaimana pun sesetengah kanak-kanak masih belum dapat membaca biarpun umur semakin meningkat. Keadaan ini mungkin disebabkan mereka tidak memahami tahap-tahap pengajaran bahasa yang betul.

Membantu kanak-kanak membaca.


Mengajar kanak-kanak berminat dengan membaca adalah sangat penting. Terdapat beberapa panduan yang mudah bagi melaksanakan usaha anda.

  • Jadikan membaca satu tabiat. Jemput kanak-kanak membaca dengan anda setiap hari. Bantu anak anda membaca dari kiri ke kanan dan memahami setiap perkataan yang dikatakannya, dari satu perkataan ke satu perkataan.
  • Bacakan buku yang sukai kanak-kanak berkali-kali. Mereka akan mempelajari perkataan baru dan mengingat cerita yang mereka sukai. Seterusnya akan diceritakan kepada rakan-rakannya pula.
    Bacakan cerita dengan rentak perkataan yang berkaitan dan ulang beberapa kali.Contohnya perkataan "terkejut." Tunjukkan bagaimana mimik muka dan nada suara "terkejut" kepada anak anda. Tunjukkan perkataan demi perkataan sepanjang sesi membaca berkenaan.
  • Bincangkan perkataan baru dan buatkan mereka bermain-main dengan perkataan itu. Contohnya: Rumah yang besar ini adalah istana. Siapa yang kamu fikir akan tinggal di istana?

Jika ada gambar, tanya apa yang dilihat dan kaitannya dengan cerita berkenaan.

Bacakan buku yang mempunyai pelbagai jenis cerita kanak-kanak seperti kisah sirah nabi, kamus bergambar, puisi dan buku-buku bermaklumat yang bersesuaian dengan tahap umur kanak-kanak.

kredit : www.iluvislam.com

Tuesday, November 16, 2010

Ucapan dari Pengurusan Pasti Kawasan Bakri


Selamat Hari Raya Aidil Adha dari Pengurusan Pasti Bakri


Friday, October 22, 2010

Pendaftaran Pelajar Baru Sesi 2011 telah dibuka

Pendaftaran untuk pelajar baru telah dibuka sekarang.

Sila berdaftar di pasti-pasti yang berdekatan. Sila daftar awal bagi memudahkan urusan.

Pasti dibawah Pasti Bakri

1. Pasti As-Solihin, Jalan Salleh (berdepan dengan stesen minyak Shell)
2. Pasti Thohiriyah, Pt Setongkat Darat (Belakang JPJ Muar)
3. Pasti Aishah I, Jalan Hj. Abdullah, Sg. Abong
4. Pasti Aishah II, Jalan Bakri
5. Pasti Mustaqim, Jeram Masjid
6. Pasti Huda, Air Hitam
7. Pasti Nurul Hidayah, Jalan Bakri Bt 6 (Belakang Petronas)

Mesyuarat Persiapan Hari Kecemerlangan Pasti

Maklumat Mesyuarat:

Tarikh : 22 Oktober 2010
Masa : 8.30 malam
Tempat: Markaz Jeram
Kehadiran: Semua guru-guru, Pengurus Pasti dan AJK Pasti Kawasan

Mesyuarat akan datang :
4 Nov, 2010
8.30 mlm
Tempat sama seperti di atas.

Saturday, May 15, 2010

Selamat Hari Guru


Selamat Hari Guru buat semua guru-guru, jasa kalian hanya Allah yang dapat membalasnya.

Friday, May 14, 2010

Segala puji bagi Allah, Shalawat dan salam semoga terlimpahkan pada Rasulullah, keluarga dan para shahabatnya.

Al Quran adalah kalamullah, keutamaannya atas semua kalam bagaikan keutamaan Allah atas ciptaan-Nya, dan membacanya adalah sebaiknya gerakan lidah.

Banyak keutamaan belajar Al Quran, mengajarkan dan membacanya, diantaranya :

v Pahala mengajarkannya : Rasulullah Saw bersabda : “Sebaik-baik kalian adalah orang yang belajar Al Quran dan mengajarkannya”. HR.Bukhari.

v Pahala membacanya : Rasulullah Saw bersabda : “Barang siapa yang membaca satu huruf dari Al Quran maka baginya satu kebaikan dan kebaikan berlipat sepuluh kali” HR. At Tirmidzi.

v Keutamaan orang yang hapal Al Quran dan orang yang pandai membacanya : Rasulullah Saw bersabda : “Perumpamaan orang yang membaca Al Quran dan dia hapal maka dia akan bersama para malaikat, perumpamaan orang yang membaca Al Quran dan dia langgeng membacanya maka baginya dua pahala” Muttafaq ‘alaih. Rasulullah Saw bersabda : “Dikatakan bagi orang yang membaca Al Quran : bacalah, tingkatkanlah, dan bacalah dengan tartil sebagaimana anda membacanya didunia, maka sesungguhnya kedudukan anda pada akhir ayat yang anda baca” HR.At Tirmidzi.

Al Khattabi berkata : (dalam sebuah atsar disebutkan bahwa jumlah ayat Quran yang akan menentukan derajat disurga, dikatakan bagi orang yang membaca Quran : naiklah pada derajat sesuai dengan yang telah anda baca ayat Quran didunia, barang siapa yang menghatamkan bacaan Quran maka dia akan mendapatkan tempat tertinggi disurga di akhirat, barang siapa yang membaca sebagian dari Quran, maka tempatnya sesuai dengan ayat yang dibaca, maka pahala yang tertinggi adalah tergantung banyaknya bacaan).

v Pahala bagi orang yang anaknya hapal Quran : Rasulullah Saw bersabda : “Barang siapa membaca Al Quran dan mempelajarinya dan mengerjakan isinya, kedua orang tuanya akan diberikan crown dari cahaya sinarnya seperti sinar matahari, dan dipakaikan kedua orang tuanya perhiasan ygn tidak didapatinya didunia, lalu keduanya bertanya : dengan amal apa hingga kita diberikan pakaian ini ? dikatakan : karena anakmu hapal Quran” HR.Al Hakim.

v Syafaat Al Quran bagi pembacanya diakhirat : “Bacalah Al Quran sesungguhnya ia datang dihari kiamat sebagai syafaat bagi pembacanya”HR.Muslim, dalam sabda Rasul Saw “Puasa dan Al Quran akan memberikan syafaat bagi seorang hamba dihari kiamat “ HR.Ahmad dan Al Hakim.

v Pahala bagi orang yang berkumpul untuk membaca Al Quran dan mempelajarinya : Rasulullah Saw bersabda : “Tidak satu kaum berkumpul disalah satu rumah Allah membaca kitab-Nya dan mempelajarinya diantara mereka kecuali diturunkan bagi mereka ketenangan, diliputi mereka dengan rahmat dan mereka diliputi malaikat dan Allah menyebutkan pada hamba-hambanya yang ada disisinya” HR.Abu Daud.



Adab membaca Al Quran : Ibnu Katsir menyebutkan sebagain adab membaca Al Quran, diantaranya : (hendaknya tidak menyentuh Al Quran dan tidak membacanya kecuali dia dalam keadaan sudah bersuci, bersiwak sebelum membacanya, memakai pakain yang terbagus, menghadap kiblat, berhenti membacanya ketika menguap (ngantuk), hendaknya tidak memutus bacaan dengan perkataan kecuali bila perlu, hendaknya konsentrasi, ketika membaca ayat yang menjanjikan hendaknya meminta, dan ketika membaca ayat tentang ancaman hendaknya meminta perlindungan, hendaknya tidak meletakkan Al Quran dibawah dan tidak meletakkan sesuatu diatasnya, hendaknya tidak mengeraskan sebagian bacaan atas bagian lainnya, hendaknya tidak membaca dipasar dan tempat-tempat keramaian.



v Bagaimana Quran itu dibaca : Anas RA ditanya tentang bacaan Nabi Saw, dian menjawab : Beliau membaca panjang, ketika membaca بسم الله الرحمن الرحيم memanjangkan بسم الله, memanjangkan الرحمن dan memanjangkan الرحيم HR. Bukhari.

v Dilipatgandakan pahala bacaan : setiap orang yang membaca Al Quran dengan ikhlas karena Allah maka itu berpahala, tapi pahalanya itu dilipatgandakan ketika dia menghayati dengan hati dan memahami yang dibaca, satu huruf berpahala sepuluh kebaikan sampai tujuh ratus kali.

v Standar ayat yang dibaca dalam sehari semalam : para sahabat Nabi Saw menjadikan ukuran tertentu pada diri mereka masing-masing setiap hari, dan satupun dari mereka yang menghatamkan Al Quran kurang dari 7 hari, bahkan ada larang menghatamkan Al Quran kurang dari 3 hari.

Saudaraku hendaklah kalian untuk menggunakan waktumu untuk membaca Al Quran, dan jadikan untuk dirimu ukuran setiap hari dan jangan kamu tinggalkan itu walaupun dalam berbagai keadaaan, sedikit yang dilakukan terus menerus itu lebih baik dibandingkan dengan banyak tapi terputus-putus. Bila anda lupa atau ketiduran maka gantilah pada keesokan harinya. Rasulullah Saw bersabda : “Barang siapa yang tertidur dari amalannya atau sebagian darinya kemudian dia membacanya antara shalat subuh dan shalat dzuhur maka baignya pahala seakan dia membacanya dimalam hari” HR.Muslim, dan janganlah kamu meninggalkan Al Quran, atau melupakannya dengan cara apapun. Seperti meninggalkan bacaannya, tartilnya, menghayatinya, mengamalkan isinya, atau meminta kesembuhan dengannya.



Diterjemahkan dari kitab : Tafsir Al Usril Akhir min kitab zubdatut tafsir

Karangan Syaikh DR. Muhammad bin Sulaiman Al Asyqar.

Cetakan ke 9 tahun 1425 H

Friday, April 9, 2010

Sukan Pasti Kawasan Bakri 2010

Klip video Sukan Pasti Kawasan Bakri 2010


Thursday, April 8, 2010

Tazkirah:

Hati menjadi amanah yang wajib dijaga sebagaimana kita diamanahkan menjaga mata, telinga, mulut, kaki, tangan dan sebagainya daripada berbuat dosa dan maksiat.

Hati yang hitam ialah hati yang menjadi gelap kerana bergelumang dengan dosa. Setiap dosa yang dilakukan tanpa bertaubat akan menyebabkan satu titik hitam pada hati. Itu baru satu dosa. Bayangkan bagaimana kalau 10 dosa? 100 dosa? 1,000 dosa? Alangkah hitam dan kotornya hati ketika itu.

Perkara ini jelas digambarkan melalui hadis Rasulullah yang bermaksud: "Sesiapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam." (Hadis riwayat Ibn Majah)

Hadis ini selari dengan firman Allah bermaksud: "Sebenarnya ayat-ayat Kami tidak ada cacatnya, bahkan mata hati mereka sudah diselaputi kotoran dosa dengan sebab perbuatan kufur dan maksiat yang mereka kerjakan." (Surah al-Muthaffifiin, ayat 14)

Sunday, April 4, 2010

TEMASYA SUKAN PASTI 2010

Johan bolasepak dan bolajaring, Pasti As-Solihin

Sukan Pasti Peringkat Kawasan Bakri berjaya diadakan. Tahniah buat semua yang terlibat dan tahniah juga buat Pengarah program sdr Ilhan dan AJK-AJK yang terlibat.

Juara Bolasepak dan bolajaring dimenangi oleh Pasti As-Solihin. Tahniah buat cikgu-cikgu yang dedikasi melatih anak-anak murid. Sekali lagi tahniah.
Buat ibubapa dan penjaga yang terlibat, terimakash diatas kerjasama.

Friday, April 2, 2010

TEMASYA SUKAN PASTI 2010

Temasya Sukan Pasti 2010

Tarikh : 4 April 2010


Masa : 7.00 pagi - 12.00 tgh


Tempat: P
adang Taman Desa Sg. Abong


Iklan bersama:


Stokis Yong Peng

Jom sembang