Tuesday, December 16, 2008

Pasti Solihin

Ahad lepas 14 Dis 2008, satu gotong royang telah dijalankan di Pasti Solihin dengan kerjasama dari pemuda kawasan, Cikgu Jalil dan wakil dari Naib Kadir.

Cuma aktiviti ini tidak dirakam oleh ana. Insya-Allah jika ada gambar, ana akan masukkan dalam blog ini.

Pasti Solihin, insya-Allah akan menuju transfomasi.


Gambar: Ihtifal Pasti 2008

Admin.
http://pasti-bakri.blogspot.com

Monday, May 5, 2008

Pasti Thohiriyah




Tranformasi Pasti Thohiriyah oleh Cikgu Kamal dan dengan bantuan Dewan Pemuda Pas Kawasan Bakri telah berusaha meningkatkan kemudahan dan pengurusan. Dengan gabungan pengarah pasti kawasan yang pro-aktif dan ketua pemuda yang perihatin, Pasti Thohiriyah telah mengalami transformasi yang menakjubkan.
Tidak ketinggalan ucapan setinggi-tinggi terima kasih buat Pas cawangan yang memberi kepercayaan kepada DPPK Bakri menguruskan pasti ini.
Beberapa perancangan telah dirancang untuk mempromosi pasti-pasti di dalam kawasan Bakri.
Admin

Saturday, April 19, 2008

Gotong Royong di Pasti Thohiriyah

20 April, 2008. Dengan kerjasama pemuda Pas Bakri, satu kerja amal membersihkan kawasan sekitar Pasti Thohiriyah. Mesih rumput dan mengecat (dilakukan oleh Cikgu Aishah).


Pengarah Pasti Kawasan merakamkan jutaan terimakasih diatas kerjasama sahabat-sahabat semua.





Sdr. Hafiz menebas pokok-pokok dengan semangatnya.


Sdr. Abdul Rahman mesin rumput disekeliling kawasan pasti.

Friday, April 18, 2008

Penubuhan laman web/blog Pasti Kawasan Bakri



Dengan rasminya blog Pasti Kawasan Bakri diwujudkan pada 19 April 2008.


Semoga segala urusan dan pengendalian pasti-pasti di dalam kawasan Bakri akan berjalan dengan lancar.


Semoga Pasti Kawasan Bakri terus maju kehadapan.


Dari : Admin

19 April 2008

Jom sembang