Sunday, November 6, 2011

Suasana di pagi Hari Raya Aidil Adha

Majlis qurban dipagi Aidil Adha di Pasti At-Thohiriyah, Pt.Setongkat.




Saturday, November 5, 2011

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Assalamualaikum,

Kami, Pengurusan dan AJK Pasti Kawasan Bakri serta JIBG-JIBG mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha.


Mesyuarat MGP Kawasan Bakri




Assalamualaikum...

Alhamdulillah, Majlis Guru PASTI Kawasan Bakri telah mengadakan mesyuarat kali ke-2 dan juga usrah bulanan. Mesyuarat ini telah diadakan pada 22 Oktober 2011 bersamaan hari Sabtu bertempat di Pasti Al-Huda, Parit Baru Air Hitam Muar.


Antara perbincangan mesyuarat adalah berkaitan dengan Majlis Konvokesyen PASTI Kawasan Bakri yang akan diadakan pada 13 November 2011 bertempat di Dewan Utama, Masjid Muar.

Mesyuarat dimulai dengan ucapan dari ketua Guru dan tazkirah ringkas dari ketua Tarbiyah.

Alhamdulillah, mesyuarat berjalan dengan lancar dan guru-guru telah dijamu dengan juadah istimewa dari tuan rumah.

Bergambar selepas Mesyuarat tamat

Tuesday, November 1, 2011

Majlis Konvokesyen Pasti Kawasan Bakri 2011


Assalamualaikum,
Syukur Alhamdulillah, Majlis Konvokesyen Pasti-Pasti dibawah Pasti Kawasan Bakri tahun 2011 akan diadakan.

Tarikh : 17 Zulhijjah 1432H bersamaan 13 November,2011 (Ahad)
Tempat : Balai Masjid Jamek Sultan Ibrahim, Muar, Johor
Masa : 8.00 pagi

Selamat berkonvo dan Selamat Hari Raya Aidil Adha

Jom sembang