Saturday, October 8, 2011

Penubuhan JIBG dalam Organisasi Pasti Bakri

Assalamulaikum,

Bertemu sekali lagi dialam maya. Tajuk hari ini ialah berkenaan dengan penubuhan Jemaah Ibubapa dan Guru atau singkatannya JIBG.

Pasti Al-Huda merupa Pasti yang merintis kepada penubuhan di dalam Pasti Kawasan Bakri ini dan Pasti At-Thohiriyah pula telah berjaya ditubuh pada tahun 2010 serta berjaya mengadakan mesyuarat agong mereka yang pertama.

Selepas 2 buat Pasti mempunyai JIBG mereka sendiri, JIBG Pasti As-Solihin Jalan Salleh pula ditubuhkan. Semoga dengan penubuhan ini JIBG-JIBG ini, Pasti Kawasan Bakri dapat memantapkan lagi pengurusan dan mendapat pandangan-pandangan dari ibubapa untuk meningkatkan lagi imej Pasti itu sendiri.

Saturday, August 27, 2011

Salam Ramadan Kareem dan Aidil Fitri


Assalamualaikum,

Setelah hampir sebulan kita berpuasa, terasa teramat sayu bulan Ramadan telah hampir dipenghujungnya. Semoga amalan kita (puasa) diterima Allah swt hendaknya.

Kami, pengurusan Pasti Kawasan Bakri ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri dan kepada mereka yang pulang ke kampung, selamat jalan dan berhati-hati dijalanraya.

Ucapan Selamat Hari Raya juga buat semua guru-guru, murid-murid PASTI dan JIBG.



Friday, May 20, 2011

Sekitar sambutan Hari Guru PASTI Negeri Johor 2011

Lagi gambar sekitar Hari Guru PASTI Negeri Johor



Yang ini saya suka... kerja berpasukan... tahniah buat Ustaz Fauzi dan pasukannya









Sekitar sambutan Hari Guru PASTI Negeri Johor 2011


Pasukan Ukir Tembikai... tahniah jadi johan ukir tembikai.... boleh tempah ni...

Explore Race: Bersungguh cikgu Nor dan Nini berlari....

Pasukan Gubahan Pasti Bakri....

Syukur Alhamdulillah kehadrat Illahi kerana limpah kurnia Nya, dapat kami meraikan guru-guru Pasti Negeri Johor pada tahun ini. Sekalung tahniah buat penganjur dan Selamat Hari Guru buat semua guru-guru.

Kita berjumpa lagi pada tahun hadapan, insya-Allah.

Wednesday, April 13, 2011

Temasya Sukan Pasti Kawasan Bakri



Syukur Alhamdulillah Pasti Kawasan Bakri telah selamat dijalankan. Insya-Allah admin akan dapatkan beberapa gambar untuk dimasukkan ke dalam blog ini.

Tahniah buat Pasti At-Thohiriyah menjadi juara keseluruhan dan menerima Piala Pusingan serta johan Bolajaring.

Bolasepak masih kekal dimenangi Pasti As-Solihin.

Tahniah buat Pasti Huda, Aishah dan Pasti Nurul Hidayah kerana memberi saingan kepada lain-lain pasti.

Sekalung tahniah buat Pasti Nurul Hidayah walaupun baru ditubuhkan, mereka dengan semangat ukhwah menghantar pasukan di temasya ini.

Tahniah kepada semua AJK Program, guru-guru dan ibubapa yang memberi kerjasama yang baik. Tidak ketinggalan kepada pengadil dan Unit Amal.

Insya-Allah kita berjumpa lagi ditahun hadapan.

Saturday, April 2, 2011

Sukan Pasti Peringkat Kawasan Bakri


Jom ramai-ramai kita raikan murid-murid Pasti bersukan.

Jom sembang