Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) merupakan istitusi pendidikan awal kanak-kanak berumur 4 tahun hingga 6 tahun beteraskan Islam yang menerapkan Pra Tahfiz dan Nurul Quran. PASTI Kawasan Bakri mempunyai 8 cawangan di dalam Parlimen Bakri.Generasi Al-Quran
Friday, April 9, 2010
Thursday, April 8, 2010
Tazkirah:
Hati yang hitam ialah hati yang menjadi gelap kerana bergelumang dengan dosa. Setiap dosa yang dilakukan tanpa bertaubat akan menyebabkan satu titik hitam pada hati. Itu baru satu dosa. Bayangkan bagaimana kalau 10 dosa? 100 dosa? 1,000 dosa? Alangkah hitam dan kotornya hati ketika itu.
Perkara ini jelas digambarkan melalui hadis Rasulullah yang bermaksud: "Sesiapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam." (Hadis riwayat Ibn Majah)
Hadis ini selari dengan firman Allah bermaksud: "Sebenarnya ayat-ayat Kami tidak ada cacatnya, bahkan mata hati mereka sudah diselaputi kotoran dosa dengan sebab perbuatan kufur dan maksiat yang mereka kerjakan." (Surah al-Muthaffifiin, ayat 14)
Sunday, April 4, 2010
TEMASYA SUKAN PASTI 2010
Sukan Pasti Peringkat Kawasan Bakri berjaya diadakan. Tahniah buat semua yang terlibat dan tahniah juga buat Pengarah program sdr Ilhan dan AJK-AJK yang terlibat.
Juara Bolasepak dan bolajaring dimenangi oleh Pasti As-Solihin. Tahniah buat cikgu-cikgu yang dedikasi melatih anak-anak murid. Sekali lagi tahniah.
Buat ibubapa dan penjaga yang terlibat, terimakash diatas kerjasama.