Saturday, December 19, 2009

Takwim Pasti 2010






Penggal Cuti dan Hari Persekolahan Mula Akhir Hari


Hari Persekolahan 04.01.2010 29.01.2010 20

Hari Persekolahan 01.02.2010 26.02.2010 20

Hari Persekolahan 01.03.2010 12.03.2010 10

Cuti Pertengahan Penggal I
13.03.2010 21.03.2010 9

Hari Persekolahan 22.03.2010 31.03.2010 8

Hari Persekolahan 01.04.2010 30.04.2010 22

Hari Persekolahan 03.05.2010 31.05.2010 21

Hari Persekolahan 01.06.2010 04.06.2010 4


Cuti Pertengahan Tahun 05.06.2010 20.06.2010 16

Hari Persekolahan 21.06.2010 30.06.2010 8

Hari Persekolahan 01.07.2010 30.07.2010 22

Hari Persekolahan 02.08.2010 31.08.2010 22

Hari Persekolahan 01.09.2010 03.09.2010 3

Cuti Pertengahan Penggal II
04.09.2010 12.09.2010 9

Hari Persekolahan 13.09.2010 30.09.2010 14

Hari Persekolahan 01.10.2010 29.10.2010 21

Hari Persekolahan 01.11.2010 19.11.2010 15

Cuti Akhir Tahun 20.11.2010 02.01.2011 44

Monday, November 23, 2009

SAMBUTAN 20 TAHUN PASTI NEGERI JOHOR




PASIR GUDANG 22 November 2009 - PASTI ( Pusat Asuhan Tunas Islam ) Negeri Johor semalam telah mengadakan sambutan 20 tahun penubuhannya. Program ini bermula seawal jam 9 pagi dan berakhir kira-kira jam 5.30 petang.

Ketua Pemuda PAS Negeri Johor En. Khairul Faizi b. Ahmad Kamil telah memberikan ucapan seterusnya merasmikan sambutan ini.Guru-guru dan pelajar-pelajar PASTI seluruh negeri Johor telah menyertai program sehari suntuk ini. Di antara tetamu kehormat yang turut hadir ialah Pengarah PASTI Negeri Johor En. Mohd Faizul bin Mohd Salleh, Exco DPPNJ En. Mohzit bin. Mohit, En. Mahadzir bin. Md Zili selaku setiausaha PASTI Negeri Johor, Puan Siti Sarah bt. Hj Alias merupakan Pengerusi Majlis Guru Pasti Negeri Johor serta beberapa pimpinan Pemuda, PASTI dan MGP Negeri Johor.

Di antara program-program yang dijalankan pada sebelah pagi ialah pertandingan perbarisan kontijen pelajar-pelajar dari PASTI seluruh Negeri Johor, sukaneka kanak-kanak dan ibubapa juga pertandingan mewarna bagi kanak-kanak. Pada sebelah petang pula majlis diserikan dengan penyampaian hadiah pada pertandingan yang telah dijalankan pada sebelah pagi.
Pada tahun 2009 ini PASTI Negeri Johor yang mencapai usia 20 tahun telah melancarkan Alumni PASTI Negeri dan memilih En. Mohd Taufik bin Mohd Zainuddin sebagai pengerusinya yang pertama. Beliau merupakan bekas pelajar PASTI dari kawasan Kluang dan sekarang berusia 24 tahun. Sekarang sebagai seorang Kontraktor, menuntut di PASTI kawasan Kluang sejak berusia 4 tahun hingga 6 tahun, melanjutkan pelajaran di peringkat menengah di Maahad Tahfiz Rusila seterusnya menyambung pelajaran di peringkat Diploma Binaan Bangunan.

Puan Kamsiah binti Hassan yang merupakan Timbalan Pengerusi MGP Negeri telah terpilih sebagai Tokoh Guru 20 tahun. Beliau adalah seorang guru dari PASTI kawasan Kluang juga merupakan bekas guru kepada Pengerusi Alumnai PASTI Negeri En. Mohd Taufik bin Mohd Zainuddin.
Sumber: dppsg.blogspot.com

Wednesday, November 18, 2009

Kelas Bimbingan/Tambahan As-Solihin

Kelas Bimbingan/Tambahan untuk pelajar sekolah rendah dan menengah akan diadakan bermula pada Januari 2010.

Subjek yang ditawarkan:

Matematik
Matematik Tambahan
Bahasa Melayu
Bahasa Arab
English
Fizik
Kimia

Hari dan waktu operasi: Isnin - Jumaat dari jam 8.00 - 9.30 malam.

Untuk makluman lanjut sila sms ke 012-635 2629.
atau
email ke pastibakri@gmail.com

Tempat terhad.

Monday, November 16, 2009

Peperiksaan Setara Kebangsaan

Hari ini, semua pelajar-pelajar Pasti seluruh Johor berkumpul di Simpang Renggam untuk menduduki peperiksaan setara. Setiap kawasan perlu menghantar 2 pelajar terbaik keseluruhan untuk Tahun 5 dan 6.

Tahun 6 dari Pasti Aishah manakala pelajar Tahun 5 adalah dari Pasti As-Solihin.

Lihatlah wajah ceria mereka dan ibubapa masing-masing.

Saturday, November 14, 2009

Gambar-gambar Hari Kecemerlangan Pelajar Pasti 2009

Pelajar Cemerlang Pasti 2009

Persembahan pelajar-pelajar Pasti Kawasan Bakri di Hari Kecermelangan Pelajar

Friday, November 13, 2009

Program Bulan Disember 2009


"MARI MEMBACA"


DI PASTI AS-SOLIHIN, JALAN SALLEH



Insya-Allah, Pasti As-Solihin akan mengadakan satu program atau kelas "CEPAT MEMBACA" dan memupuk semangat suka membaca dikalangan anak-anak dan bakal pelajar tadika. Pelajar yang lemah membaca amat digalakkan.

Hari pertama ibubapa dikehendaki hadir untuk mendengar taklimat dari guru terbabit.

Buku yang akan digunakan ialah Mari Membaca, Ready Easy dan Jawi.

Tempat adalah terhad.

Sebarang pertanyaan sila hubungi diemail pastibakri@gmail.com

Friday, October 30, 2009

Ihtifal Pasti Kawasan Bakri 2009

Ihtifal Pasti dan Anugerah Pelajar Terbaik
25 Tahun Penubuhan Pasti
Tarikh: 14 November, 2009
Masa : 8.00 pagi - 12.30 tgh
Tempat: Dewan Taman Desa Sg. Abong

Semua ibubapa dijemput hadir.

Friday, August 21, 2009

Sunday, August 2, 2009

Hati seorang guru yang mulia

Buletin Pasti Bulan Ogos

Bahagian Penerbitan Buletin Pasti.

Keluaran kedua insya-Allah akan dikeluarkan sedikit masa lagi. Ruang-ruang iklan cuma tinggal beberapa ruang sahaja lagi.

Beriklan dengan Buletin Pasti dengan hanya RM10.00 anda berpeluang untuk meletakkan iklan di dalam internet iaitu blog Pasti Bakri.

sms ke 012-635 2629 atau hantar maklumat iklan ke Pasti As-Solehin di Jalan Salleh atau pasti-pasti yang berdekatan.

Monday, July 27, 2009

Pasti As-Solihin mendapat guru baru

Akhirnya masalah kekurangan guru berjaya diatasi. Sebaik sahaja Buletin Pasti diedarkan, ada beberapa pemanggil bertanya tentang kekosongan jawatan guru.

Kepada pemanggil, anda boleh hantar resume bersama salinan sijil dan sijil berhenti sekolah serta sijil sekolah agama untuk keperluan akan datang.

Pihak pengurusan Pasti Kawasan sedang mencari rumah untuk disewa bagi menempatkan pelajar-pelajar baru pada tahun 2010. Tempat yang hendak dicari ialah disekitar Pt. Zin atau Jalan Bakri Baru 6. Jika sesiapa mempunyai maklumat sila hubungi Ust.Kamal 016-261 0931.
Bakal-bakal guru perlu mempunyai lesen memandu yang sah dan kenderaan.

Pelancong bergambar dengan pelajar Pasti di Selangor


Fenomena pelajar Pasti mungkin perkara biasa kita lihat di mana-mana. Namun lain jadinya bagi pelancong asing. Baru-baru ini pelajar-pelajar Pasti Al-Huda Taman Sentosa yang melawat Putrajaya dikerumuni oleh sekumpulan pelancong asing. Apa yang menarik minat pelancong ini sehingga jenuh pelajar-pelajar Pasti melayani gelagat mereka. Yang pasti, anak-anak Pasti ini adalah sebahagian daripada keunikan yang ada di tanahair kita yang mereka abadikan sebagai sesuatu yang amat istimewa.

Sumber: Klik sini

Friday, July 24, 2009

Wednesday, July 22, 2009

Buletin Pasti Bakri


Dari meja Ketua Editor

Syukur al-hamdulillah, Pasti Kawasan Bakri berjaya menerbitkan buletinnya sendiri walaupun dengan serba kekurangan dan kelemahan. Insya-Allah, dalam keluaran akan datang akan diperbaiki.

Fokus utama buletin ini ialah untuk memberi maklumat tentang aktiviti-aktiviti atau program pasti-pasti yang berada dibawah pengurusan Pasti Kawasan Bakri. Selain dari itu, kami juga menulis tentang maklumat-maklumat umum seperti pemakanan, kisah-kisah para Nabi, anbiya dan para sahabat serta membantu peniaga-peniaga kecil untuk mengiklankan perniagaan mereka.

Kami juga menyediakan maklumat komuniti seperti iklan kerja, mencari rumah sewa dan sebagainya (yang bukan bertujuan komersial)

Buletin ini akan diedarkan secara percuma (bergantung kepada kos penerbitan) kepada semua pelajar-pelajar pasti.

Selain dari itu pihak kami akan mengedarkan ke Pasti Negeri Johor dan versi e-zine iaitu electronic magazine. Dengan e-zine ini, edaran akan diberi secara percuma kepada semua pembaca seluruh Malaysia . Insya-Allah

Iklan untuk keluaran akan datang akan dibuka dari sekarang, sila email pada pastibakri@gmail.com. Pembaca yang ingin mendapatkan Buletin Pasti juga boleh hubungi email diatas.

Wednesday, May 27, 2009

Sukan Pasti Peringkat Kawasan

Pada Ahad lepas, Pasti Kawasan telah mengadakan Temasya Sukan Pasti peringkat kawasan. Berikut adalah antara gambar yang dirakam yang sempat masukkan dalam blog ini. Ada banyak lagi gambar dirakam, insya-Allah saya akan masukkan sedikit masa lagi. Anda lihat gelagat pelajar-pelajar dan juga ibubapa.
Malah ada ibubapa yang melepasi tali sempadan kerana teruja dengan pasukan yang diwakili oleh anak mereka.
Tahniah buat Pasti Aishah kerana berjaya merampas tahta juara bolasepak dari Pasti As-Solihin. Acara bolajaring dimenangi juga dari Pasti Aishah. Tahniah dan teruskan kejayaan.
Berikut adalah pasti yang mengambil bahagian (semua pasti mengambil bahagian):
1. Pasti Aishah 1 & 11
2. Pasti As-Solihin
3. Pasti Thohiriyah
4. Pasti Huda
5. Pasti Mustaqim.
Insya-Allah bilangan pasti akan bertambah pada tahun hadapan untuk menampung pelajar-pelajar pra-sekolah dan pastinya PASTI adalah tempat melahirkan Generasi Al-Quran.
Pemain-pemain bolasepak dengan aksi seperti pemain liga bolasepak negara

Tidak ketinggalan barisan pemain-pemain bola jaring dengan gayanya tersendiri.

Saturday, May 16, 2009

PUAN FARIDAH DAWAN; TOKOH GURU PASTI KEBANGSAAN 09

Dilahirkan pada 2 Mei 1968 di kg Gajah Perak. Terlibat dengan PASTI dari 1988 selepas tamat peperiksaan STPM mengajar pada mulanya suka-suka tapi lama kelamaan membuatkan beliau tertarik dengan PASTI walaupun imbuhan untuk mendidik anak-anak PASTI tidak seperti tawaran yang pernah beliau dapat.
Namun hatinya sudah terpaut dengan PASTI beliau juga terlibat dengan PAS seiring dengan penglibatan beliau di dalam PASTI...


Pada 1987 beliau menjadi AJK penaja penubuhan DMP Kg Gajah..dan pada umur 22 tahun beliau telah diberi amanah sebagai ketua DMP kawasan Kampung Gajah.
Beliau telah bertemu jodoh dengan Mohd Hasyim bin Yahya dan telah dikurniakan 7 orang cahaya mata namun pada tanggal 26 Julai 2006


..Telah berlaku satu kemalangan maut semasa dalam perjalanan menziarahi anaknya di Ma'ahad Al-Islah Sungai Lampam (Jalan kampung Gajah - Teluk Intan) yang melibatkan beliau sekeluarga..suaminya telah meninggal dunia didalam kejadian itu..beliau dan 2 orang anaknya cederah parah dan dimasukkan ke wad ICU Ipoh.


Berita kematian suami tercinta hanya diketahui setelah 5 hari kejadian berlaku ,dengan tabah beliau meneruskan kehidupan sebagai ketua keluarga dengan pendapat dari imbuhan guru PASTI sebanyak RM3oo sahaja serta sumbangan dari orang ramai..


Hasil tarbiyyah yang diterima beliau cekal meneruskan kehidupan membesar dan mendidik anak-anaknya walaupun keseorangan sebagai ketua keluarga,beliau tidak pernah memberi alasan untuk tidak terlibat dengan apa saja program anjuran PASTI atau parti Puan Faridah Dawam seorang yang sentiasa berfikir untuk memajukan PASTI dan parti..
Bersama iltizam dan sokongan-sokongan dari teman-teman seperjuangan.. beliau bertekad meneruskan perjuangan memastikan anak-anaknya.. murid-murid PASTI dan masyarakat keseluruhannya memahami Islam dan seterusnya syariat Islam tertegak di bumi Malaysia yang tercinta ini.


Kini beliau diamanahkan sebagai Ketua Majlis Guru PASTI Kawasan Pasir Salak dan Timbalan Ketua Majlis Guru PASTI Negeri Perak.


Selamat Hari Guru: Sajak

Guru O Guru

Oleh: Sasterawan Negara Usman Awang

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa,

Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta,

Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara,

Jika hari ini seorang ulama yang mulia,

Jika hari ini seorang peguam menang bicara,

Jika hari ini seorang penulis terkemuka,

Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa,

Dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca.



Nukilan: Al-Bakri fi Muar

Buat semua golongan pendidik,

Terimakasih kerana mendidik anak-anak kami - ibubapa

Terimakasih kerana ilmu yang diajar dan halalkan ilmu yang diajar - pelajar

Terimakasih kerana bersusah payah menjalankan amanah tanpa imbuhan (khas buat cikgu Pasti) - admin

Ya Allah, kau anugerahkanlah rahmat kepada mereka golongan pendidik, cukupkanlah rezeki mereka, permudahkan urusan mereka, AMIN.

Wednesday, May 13, 2009

Temasya Sukan Pasti



PUSAT ASUHAN TUNAS ISLAM (PASTI) KAWASAN BAKRI

DENGAN SEGALA HORMATNYA KAMI MENJEMPUT TUAN/PUAN

KE :


TEMASYA SUKAN PASTI KAWASAN BAKRI


Pada 24 MEI 2009 Ahad
Masa 8.00 pagi hingga 12.30 tengahari
Tempat Padang Taman Desa, Sg Abong


Acara yang dipertandingkan
(Pertandingan Bola Sepak, Pertandingan Bola Jaring, Sukaneka Ibu Bapa dan pelajar)

Saturday, May 2, 2009

Peraduan Melukis anjuran Pengusaha Shell Jalan Salleh

Pada 2 Mei, 2009, Pasti As-Solihin mendapat jemputan ke program pengusaha Shell Jalan Salleh. Admin bagi pihak Pasti Kawasan merakamkan jutaan terimakasih diatas jemputan tersebut.



Friday, February 20, 2009

Mesyuarat Pasti Kawasan bersama guru-guru

Guru-guru Pasti Kawasan Bakri 2009
Tahniah buat semua perlantikan guru dan teruskan khidmat bakti kerana Allah.
Pasti Kawasan Bakri:
1. Pasti Huda
2. Pasti Mustaqim
3. Pasti Thohiriyah
4. Pasti Aishah
5. Pasti As-Solihin

Mesyuarat dan perjumpaan dengan Pengurusan Pasti Negeri




Admin
Pada tarikh 5 Februari 2009, satu mesyuarat dan perjumpaan dengan Pengurusan Pasti Negeri telah diadakan. Segala maklumat dan permasalahan telah dibentangkan serta mencari kata kesepakatan dalam sistem pengurusan Pasti.

Hari pertama persekolahan di Pasti Solihin


Ibubapa sedang menunggu anakmasing-masing.

Waktu rehat

Hari pertama pembukaan Pasti melihatkan berbagai-bagai ragam yang boleh kita lihat. Namun begitu dengan berkat dedikasi guru-guru dapat mententeramkam suasana terutama pelajar yang menangis dan sebagainya.

Wednesday, January 28, 2009

Pasti Solihin pula mengalami transformasi

Sebelum
Sekarang
Pasti Solihin telah mengalami transformasi, terimakasih buat Dewan Pemuda yang membantu kerja-kerja keceriaan dan mengecat. Tidak ketinggalan juga buat guru-guru yang turut sama.
Syukur kehadrat Illahi, bilangan pelajar juga telah bertambah.
"Membentuk generasi al-Quran"

Tuesday, January 27, 2009

Lawatan ke Zoo Melaka 2008

Antara aktiviti Pasti pada tahun 2008

Jom sembang