Monday, July 27, 2009

Pasti As-Solihin mendapat guru baru

Akhirnya masalah kekurangan guru berjaya diatasi. Sebaik sahaja Buletin Pasti diedarkan, ada beberapa pemanggil bertanya tentang kekosongan jawatan guru.

Kepada pemanggil, anda boleh hantar resume bersama salinan sijil dan sijil berhenti sekolah serta sijil sekolah agama untuk keperluan akan datang.

Pihak pengurusan Pasti Kawasan sedang mencari rumah untuk disewa bagi menempatkan pelajar-pelajar baru pada tahun 2010. Tempat yang hendak dicari ialah disekitar Pt. Zin atau Jalan Bakri Baru 6. Jika sesiapa mempunyai maklumat sila hubungi Ust.Kamal 016-261 0931.
Bakal-bakal guru perlu mempunyai lesen memandu yang sah dan kenderaan.

Pelancong bergambar dengan pelajar Pasti di Selangor


Fenomena pelajar Pasti mungkin perkara biasa kita lihat di mana-mana. Namun lain jadinya bagi pelancong asing. Baru-baru ini pelajar-pelajar Pasti Al-Huda Taman Sentosa yang melawat Putrajaya dikerumuni oleh sekumpulan pelancong asing. Apa yang menarik minat pelancong ini sehingga jenuh pelajar-pelajar Pasti melayani gelagat mereka. Yang pasti, anak-anak Pasti ini adalah sebahagian daripada keunikan yang ada di tanahair kita yang mereka abadikan sebagai sesuatu yang amat istimewa.

Sumber: Klik sini

Friday, July 24, 2009

Wednesday, July 22, 2009

Buletin Pasti Bakri


Dari meja Ketua Editor

Syukur al-hamdulillah, Pasti Kawasan Bakri berjaya menerbitkan buletinnya sendiri walaupun dengan serba kekurangan dan kelemahan. Insya-Allah, dalam keluaran akan datang akan diperbaiki.

Fokus utama buletin ini ialah untuk memberi maklumat tentang aktiviti-aktiviti atau program pasti-pasti yang berada dibawah pengurusan Pasti Kawasan Bakri. Selain dari itu, kami juga menulis tentang maklumat-maklumat umum seperti pemakanan, kisah-kisah para Nabi, anbiya dan para sahabat serta membantu peniaga-peniaga kecil untuk mengiklankan perniagaan mereka.

Kami juga menyediakan maklumat komuniti seperti iklan kerja, mencari rumah sewa dan sebagainya (yang bukan bertujuan komersial)

Buletin ini akan diedarkan secara percuma (bergantung kepada kos penerbitan) kepada semua pelajar-pelajar pasti.

Selain dari itu pihak kami akan mengedarkan ke Pasti Negeri Johor dan versi e-zine iaitu electronic magazine. Dengan e-zine ini, edaran akan diberi secara percuma kepada semua pembaca seluruh Malaysia . Insya-Allah

Iklan untuk keluaran akan datang akan dibuka dari sekarang, sila email pada pastibakri@gmail.com. Pembaca yang ingin mendapatkan Buletin Pasti juga boleh hubungi email diatas.

Jom sembang